Saturday, March 5, 2016

Nasi Dagang Kelantan

(Masakan untuk 5 - 6 orang )

Bahan-bahan :

2 cawan beras nasi dagang
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak:

  1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan. 
  2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja. 
  3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak. 
  4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia. 
  5. Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan. 
  6. masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar - benar sebati. 
  7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak 

(Rice cooker-Easy Way)

Bahan-bahan:

1 kg beras lembut(nasi dagang)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)
1 sudu garam
sedikit halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris


Cara Memasak:

  1. Bersihkan beras.Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 
  2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam 
  3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak 
  4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan. 

Gulai Ikan Tongkol (Ikan Aya)

Bahan-bahan (Ikan):

2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
4 keping asam keping
Garam
Sedikit air
Sedikit gula melaka


Cara memasak :

Rebus ikan bersama bahan2 diatas.
Bahan-Bahan untuk Kuah


1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering*
Santan
garam
1 keping Asam keping
Sedikit gula melaka
Perasa
Cili hijau
1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur 
  2. Kemudian tumis sehingga wangi 
  3. Selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika 
  4. Masukkan sedikit air, kacau hingga sebati. 
  5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau. 
  6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana, 
  7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili. 

Sambal Nyiur Nasi Dagang (Optional)

1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja

Cara memasak :
  1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan. menjadi kerisek 
  2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan 
  3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap. 

No comments:

Post a Comment