Tuesday, May 8, 2018

Cili Jeruk

Bahan-bahan :

7-8 biji cili hijau/Merah
1 cawan air
1 cawan cuka
2 -3 sudu besar gula

Cara-cara :

  1. Basuh cili dan toskan, kemudian hiris jangan terlalu nipis. Rebus seketika & toskan
  2. Masak air bersama cuka dan gula hingga mendidih. Biarkan hingga sejuk.
  3. Masukkan cili ke dalam botol yg bersih dan tuangkan air cuka yg dimasak tadi.
  4. Tutup botol dan biarkan sehingga 2 - 3 hari baru lah sedap dimakan bersama mee rebus/goreng dan sebagainya.



Kek Gula Hangus (Kukus)



Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur - Gred A
1 cawan susu pekat manis (Agak manis - boleh kurangkan kepada 1/2 cawan)

Gula Karamel
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu teh mentega

Cara membuatnya :

  1. Sediakan gula karamel dan sejukkan. Masukkan gula pasir kedalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga cair dan keperangan. Berhati-hati, masukkan air panas dan mentega. Ketepikan seketika sehingga sejuk.
  2. Ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ketepikan seketika.
  3. Didalam mangkuk pengadun pula, putar telur dengan susu pekat hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali masukkan gula karamel yang telah sejuk dan kacau rata. Masukkan kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek.
  5. Kukus dengan api sederhana selama sejam atau sehingga kek masak


Thursday, April 5, 2018

Kek Coklat Kukus - Version 2

KEK COKLAT KUKUS

Bahan-Bahan
  • 1 Cawan gula
  • 4 Biji telur
  • 1/2 Cawan milo
  • 1 Cawan air
  • 1 Cawan susu pekat
  • 1 Cawan minyak
  • 1/2 Cawan serbuk koko
  • 1 Sudu teh baking powder
  • 2 Cawan tepung gandum

Cara-cara


  1. Masukkan gula dan telur pukul hingga sebati
  2. Masukkan susu pekat & air
  3. Masukkan minyak
  4. Campurkan bahan-bahan kering
      • Baking power, serbuk koko, gandum dan milo dan masukkan secara berselang seli (Supaya tidak berketul).
  5. Kukus selama 1 jam

Saturday, March 5, 2016

Kek Coklat Kukus - Version 1

Bahan bahan:

Tepung gandum 2 cawan
Soda bikarbonat 1 sudu kecil
Baking powder 1 sudu kecil
Telur 2 biji
Gula setengah cawan
Minyak masak 1 cawan
Susu pekat manis 1 cawan
Air panas 1 cawan
Esen vanila 1 penutup
Serbuk koko 1 cawan

Cara-caranya:

  1. Blend gula, telur dan esen vanilla sampai kembang.
  2. Masukkan susu pekat. Blend lagi.
  3. Masukkan minyak masak. Blend lagi sampai sebati.
  4. Dalam bekas lain, ayak tepunh gandum, baking powder, soda bikarbonat & serbuk koko.
  5. Tuang bancuhan blender tadi dalam tepung. Gaul sebati guna senduk.
  6. Masukkan air panas. Kacau lagi sebati.
  7. Masukkan adunan dalam loyang yang digris dengan sedikit minyak atau butter. Kukus dalam 40 minit atau sehingga masak.
Tips: Air kukusan betul betul mendidih baru mula kukus




Topping Coklat: 

Bahan-bahan:

Setengah cawan susu pekat
Setengah cawan serbuk koko
2 sudu minyak masak
Sedikit susu cair. Guna air masak pun boleh.

Caranya:

Campurkan semua bahan di atas dan masak atas api perlahan sampai likat.





Gulai Kuning Ikan Tongkol.(Kelantan)

Bahan-Bahan :

1 ekor ikan tongkol
santan
daun kesum
air
perasa- garam, gula, ajinomoto
timun batang-hiasan
kacang panjang-hiasan
lada putih besar-hiasan
lada jarum-hiasan
(bahan dikisar)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar biji ketumbar
cili padi -mengikut kepedasan
2 inci lengkuas

Cara Menyediakannya..

  1. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama air dan santan 
  2. Kacau sehingga mendidih 
  3. Seterusnya masukkan daun kesum, perasa dan ikan ke dalam periuk masak sehingga ikan masak 
  4. Akhir sekali masukkan bahan hiasan masak sehingga empuk 
  5. Sedia dihidang bersama nasi putih

Ayam Percik Kelantan

BAHAN-BAHANNYA

3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan untuk Merebus Ayam

3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

Cara Memasak

UNTUK KUAH :- 
Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

UNTUK AYAM :- 
Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- 
Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan..




Nasi Dagang Kelantan

(Masakan untuk 5 - 6 orang )

Bahan-bahan :

2 cawan beras nasi dagang
1 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan sederhana pekat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak:

  1. Satukan kedua - dua beras,rendam lebih kurang 5 - 6 jam. Toskan. 
  2. Rendamkan juga halba untuk seketika saja. 
  3. Sementara tu bolehlah kukuskan beras tadi sehingga separuh masak. 
  4. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia. 
  5. Perasakan santan dengan garam dan gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris tadi dan juga halba ke dalam santan. 
  6. masukkan beras separuh masak tadi ke dalam bekas dan curahkan santan tadi dan gaulkan sehingga benar - benar sebati. 
  7. Masukkan beras tersebut lagi sekali ke dalam periuk kukusan dan kukus sehingga nasi masak 

(Rice cooker-Easy Way)

Bahan-bahan:

1 kg beras lembut(nasi dagang)
Santan pekat RM2.50+air(sesuaikan dengan sukatan nasi-1 1/2 ruas jari)
1 sudu garam
sedikit halba
1 1/2 in halia-dihiris halus memanjang
5 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris


Cara Memasak:

  1. Bersihkan beras.Masukkan beras, halba dan bahan hiris ke dalam rice cooker. 
  2. Masukkan santan pekat + air. Gaul rata semua bahan. Masukkan garam 
  3. On rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak 
  4. Bila sudah masak, gaul rata nasi dagang. Boleh dihidangkan. 

Gulai Ikan Tongkol (Ikan Aya)

Bahan-bahan (Ikan):

2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2
4 keping asam keping
Garam
Sedikit air
Sedikit gula melaka


Cara memasak :

Rebus ikan bersama bahan2 diatas.
Bahan-Bahan untuk Kuah


1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
10 tangkai cili kering*
Santan
garam
1 keping Asam keping
Sedikit gula melaka
Perasa
Cili hijau
1 peket kecil serbuk kari ikan adabi
Sedikit minyak untuk menumis

Cara Memasak:

  1. Blend bahan 2 yang bertanda *hingga hancur 
  2. Kemudian tumis sehingga wangi 
  3. Selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika 
  4. Masukkan sedikit air, kacau hingga sebati. 
  5. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau. 
  6. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana, 
  7. Apabila mendidih, masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili. 

Sambal Nyiur Nasi Dagang (Optional)

1/2 biji kelapa parut
3 ulas bawang putih dihiris
4 ulas bawang merah dihiris
4 batang serai dihiris
4 ekor ikan rebus diambil isinya saja

Cara memasak :
  1. Sangai kelapa parut bersama bawang putih, bawang merah dan serai sehingga garing dan kekuningan. menjadi kerisek 
  2. Blend kerisek bersama garam dan gula.Ketepikan 
  3. Blend isi ikan dan campurkan bersama sambal kerisek tadi. siap.