Bahan-bahan Gulai Ayam:
1 Ekor Ayam dipotong kecil
25 Gram atau 2 sudu besar Rempah Kari Ayam “Cap Orang Terbang @ apa jenama”
300ml Santan kelapa
1400ml Air
2 Sudu besar Minyak masak untuk menumis
5 Biji lada kering | dikisar
- Air Asam jawa / Asam keping secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
Bahan Tumis (A):
1 Tangkai Daun kari | dilurut (pilihan citarasa)
5 Ulas Bawang Merah | di hiris
2 Ulas Bawang Putih | di hiris
3 sekawan bunga lawang kulit kayu manis buah pelaga
Cara Penyediaan (Cara ringkas Tukang Gulai):
- Masukkan minyak masak dan panaskan dengan api yang sederhana, tumis bahan-bahan A sehingga garing dan naik bau.
- Kemudian masukkan lada kering yang dikisar dan Rempah Kari, digaul sebati dan masak hingga pecah minyak.
- Selepas itu, masukkan ayam berserta dengan air secukupnya. Kacau dan masak hingga sebati.
- Masak hingga mendidih dan di perlahankan api, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, biarkan seketika hingga menggelegak dan masuk kan ubi kentang, masak hingga pulih.
- Perasakan dengan gula dan garam, kacau sebati dan biarkan selama 5 hingga 10 minit dengan api perlahan.
- Padamkan api dan sedia untuk di hidangkan.
Bahan-Bahan Ayam Kunyit:
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:
- Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
- Panaskan minyak dan goreng di atas api yang besar.
- Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus.
- Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang.
No comments:
Post a Comment