10 ekor sotong segar saiz sederhana
5 sudu besar pulut (rendam dengan santan pekat dan sedikit garam)
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1/2 biji kelapa(dijadikan santan pekat)
1 helai daun pandan
Secubit garam
10 batang lidi
Cara-caranya:
- Sotong disiang dan dibersihkan.Kemudian sumbat sotong dengan pulut yang telah direndam separuh bahagian sahaja.
- Semat lidi dibahagian atas dan Tutup bahagian atas sotong dengan kepala sotong supaya pulut tidak keluar.Buat sampai habis.
- Panaskan periuk.Tuang santan serta gula melaka,gula pasir dan garam.Kacau hingga semua bahan larut.Baru masukkan sotong.Masukkan juga daun pandan
- Kacau sekali-sekala hingga kuah agak pekat baru tutup api. Sedia dihidangkan:)
No comments:
Post a Comment